Pages

Monday 24 June 2013

Puasa Ganti : fidyah : kadar fidyah : contoh pengiraan kadar fidyah

Assalamualaikum semua ...
jom kita bercerita pasal puasa ganti .. kadang-kadang ada yang kelirukan ... :)

1) soalan :-
untuk puasa tahun lepas , saya tidak habis / tidak sempat nak ganti puasa, adakah saya perlu ganti double ? dan berapakah kadar fidyah yang perlu saya bayar?

Jawapan :-
Wajib ganti puasa tetapi tidak perlu ganti double (2x) , ganti pada jumlah yang sama, wajib bayar fidyah disamping Qada tersebut sebanyak secupak beras untuk sehari yang ditinggalkan, yang bertambah adalah bilangan fidyah beras kepada fakir miskin.


2)Soalan :-
secupak beras , bersamaan dengan ???

Jawapan :-
Jika susah membayar dalam cupak, ia boleh ditukar kepada gram(zaman sekarang ,dah jarang gune cupak)
1 cupak bersamaan 0.5kg
yang wajib bayar jumlah fidyah secukupnya, jika berhajat membayar lebih, itu adalah sedekah yg digalakkan dlm islam.

cupak


3)Soalan :-
bolehkah saya ganti puasa pada hari jumaat?

Jawapan :-
Haram puasa pada hari jumaat sahaja, walaubagaimanapun ia boleh dilakukan dengan menggandingkan sehari sebelum atau sehari selepas , contohnya - puasa khamis & jumaat or Jumaat & sabtu.

Apa Itu fidyah ?
Bayaran denda yang dikenakan terhadap individu islam yang tidak dapat mengantikan puasanya dibulan ramadhan pada suatu tahun sehingga tiba ramadhan tahun berikutnya,bayaran fidyah boleh dibayar /diserahkan pada fakir miskin atau dimana-mana jabatan Agama Islam Megeri yang menyedikan perkhidmatan bayaran denda fidyah.Hukumnya wajib 

Kadar Fidyah :
Pengiraan secara zakat fitrah :-
1 hari dendanya 1 cupak beras
1cupak = 1 mud
bersamaan dengan nilai zakat fitrah semasa dibahagikan 4
RM ____ / 4 = RM ____


Contoh pengiraan :-

1)Fidyah tanpa Gandaan :-
tidak wajib qada puasa tapi wajib bayar fidyah
*org tua yang tidak boleh berpuasa
*org yang berpenyakit mmg tdk mampu berpuasa

jumlah tinggal puasa (didarabkan) jumlah tahun tidak ganti = Jumlah A
Jumlah A didarabkan dengan Jumlah/harga zakat fitrah semasa : Jumlah B
Jumlah B dibahagikan dengan 4



Sumber http://www.ustaznoramin.com/2010/08/pengiraan-bayaran-fidyah-puasa-secara.html


2)Fidyah Gandaan :-
Wajib Qada puasa &wajib bayar fidyah
*kerana uzur syar`ei
*tinggal dengan sengaja
*Hamil atau menyusukan anak


Sumber http://www.ustaznoramin.com/2010/08/pengiraan-bayaran-fidyah-puasa-secara.html

Jadual gandaan fidyah :-


Sumber http://www.ustaznoramin.com/2010/08/pengiraan-bayaran-fidyah-puasa-secara.html

No comments:

Post a Comment