Pages

Friday 31 May 2013

Lelaki misteri

"Seorang LELAKI gila..
yang MISTERI.."

......26 May 2011.....

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

KREDIT : Warta Dari Hati
---------------------
semoga kita mendapat sesuatu untuk muhasabah...InsyaAllah

Photo: "Seorang LELAKI gila..

Sumber : FB Mencari Damai

Wednesday 29 May 2013

Pengangkutan Awam: Prihatin Vs Buta hati

Salam all,
Hari ini terbuke hati minda ni nak kongsi serba sedikit ttg keperihatinan masyarakat kita dalam kenderaan Awam.. LRT/ Komuter/Monorel /Bus dan sebagainya la….
Ok ni pengalaman sendiri ok ..
Dalam dunia smkin maju, ade segelintir sahaja yg prihatin terhadap masyarakat sekeliling sekarang ni..yang selebihnya mereka lebih prihatin terhadap gadjet2 mereka(telepon yg canggih manggih/ ipad / tab).. kadang2 kita kan da tgk kan tempat tu khas hanya utk yg kurang upaya ( mengandung.org tua.bawak baby. Org rosak penglihatan)tapi ade jgk manusia2 yg sihat lagi walafiat  tak mengendahkan jika ade golongan yg memerlukan berada disekitar mereka.. kalau tak de yg memerlukan silalah duduk sampai nk haus tempat duduk tupon tak apa ….yang sedeh kan..buat tak tau aje kalau org2 khas ni(ngandung/kurang upaya penglihatan) didepan mereka..siap ade yg jelling, buat2 tido..buat2 xnmpak n sibuk tekan2 hpon tu…Astagfirullah…
Lagi sedeh yang masih ade hati limpa nk berebut tempat duduk dgn mereka..oishhhh… mmg tertekan sungguh tgk sifat2 manusia cmni.. pernah kawan saya pregnant da 9 bulan boyot la kan da ttu nmpak perutnye yg teramat besar tuh..tp xde pon org bangun nk bg ..last2 lrt break mengejut..kawan sy terjatuh…baru la semua terkejut dan pompuan depan dia jatuh tuh bangun bg tempat ddk..waaaaaa camtukah sekarang??
Dan dulu saya pon pernah kene masa mengandung..huh sakit kaki hokey? Sapa yg da kene sendiri mau inggat la..
Tp dimanakah sifat2 prihatin ni? Sifat2 prihatin ni da dibaluti dengan sifat sombong dan bongkak…      
Banyaklah kes camtu sekarang ni.. hati teramat sakit hokey…  pagi tadi nak dtg keje terserempak lagi dgn akak ni yg pregnant perut da besar tp apa? Derang x bg ddk pon ok..dah terterakan situ tempat duduk khas..ini da bukan buta huruf…tp buta hati kot..

Tapi tak dinafikan ade segelintir jew yang prihatin, pernah saya masa pregnant dlu..mmg xde org bg ddk masa tu mmg da sarat 9 bulan da…ade akak ni sound je budak sekolah yg sibuk dengan tab dia…huhuhuh..tq yea akak mambantu sy.. dan sekarang saya ambil keberanian akak itu ,saya plk akan sound untuk membantu ibu2 mengandung kalau terlihat didepan mata saya…
Dan ade jgk yang nmpak kita yg sarat ni terus bangun…tq jgk itu.. tp x ramai la sekarang cmtuh..

Dan saya ade cari2 dalam blog2 lain ramai jgk yg post siap amik pic … 
jomla kita jadi prihatin ok ... ingatla sekarang kita senang ,esok lusa kita tak tau ...so bantu membantula

Ayam Masak Merah

7 ketul ayam Digaul  garam + kunyit
cili kering diblend / Cili boh pon x pe ..
2 sudu besar  sos tomato
2 labu bawang besar - potong bulat-bulat
4 ulas bawang merah - Diblend
4 ulas bawang putih - Diblend
garam dan gula secukup rasa
Serai
Air Asam Jawa
Minyak untuk menggoreng ayam & menumis

Cara dia :

1.       Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam sehingga masak. Di toskan dulu
  1.  Panaskan kuali dan tumis bawang yang di blend tadi hingga naik bau.
  2. Masukkan cili mesin dan kacau sehingga naik minyak.
  3. Masukkan Serai + Air Asam Jawa
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan cili + bawang potong
  6. Masukkan ayam yang digoreng tadi.

Da siap... simple je kan.. 

Wanita Pertama Menghuni Syurga

Rasulullah s.a.w pernah memberitahu puteri kesayangannya Fatimah, bahawa beliau bukanlah wanita pertama yang akan masuk ke syurga. Hal itu sangat membuatkan Fatimah berasa dukacita dan cemburu lalu beliau pun bertanya kepada Rasulullah apakah amalan wanita tersebut sehingga beliau layak untuk menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga. Rasulullah s.a.w memberitahu kepada puterinya itu supaya beliau pergi ke rumah wanita itu dan melihat sendiri amalan wanita tersebut. Lalu, Fatimah pun bersiap-siap untuk pergi ke rumah wanita yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu. Pada kali pertama kedatangannya ke rumah wanita yang bernama Siti Muti'ah itu, Fatimah tidak dibenarkan masuk kerana suami wanita tersebut tiada di rumah dan beliau tidak mendapat keizinan daripada suaminya untuk membenarkan tetamu masuk. Maka, Fatimah pulang kembali ke rumahnya dan akan datang semula ke rumah tersebut pada keesokan harinya. Pada hari berikutnya, Fatimah datang kembali dengan membawa dua orang puteranya, Hassan dan Hussin. Malang lagi menimpa Fatimah kerana Siti Muti'ah tidak membenarkan Fatimah masuk ke rumahnya kerana beliau hanya meminta izin dari suaminya supaya Fatimah seorang sahaja yang boleh masuk ke rumahnya manakala Hassan dan Hussin tidak boleh masuk tanpa kebenaran suaminya. Sekali lagi Fatimah pulang dengan perasaan hampa kerana tidak dapat melihat amalan wanita tersebut. Pada hari yang ketiga barulah Fatimah diizinkan masuk ke dalam rumah Siti Muti'ah. Pada pandangan Fatimah setelah pertemuannya dengan Siti Muti'ah, tiada apa-apa yang istimewa pada wanita tersebut yang melayakkan beliau menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga.

 Sedang asyik Fatimah berbual dengan Siti Muti'ah, tiba-tiba Siti Muti'ah bangun dari duduknya dan segera bersiap-siap membuatkan Fatimah kehairanan. Rupa-rupanya wanita tersebut menyiapkan dirinya untuk menyambut kepulangan suaminya. Sewaktu menyambut kepulangan suaminya, Siti Muti'ah menyediakan air dan menghidangkan sedikit makanan untuk suaminya. Beliau juga dilihat menyediakan sebuah tongkat yang akan digunakan oleh suaminya bagi menghukum Siti Muti'ah sekiranya didapati beliau melakukan kesalahan sepanjang pemergian suaminya. Siti Muti'ah juga memakai pakaian yang menarik untuk menghiburkan suaminya. Setelah melihat adegan itu, Fatimah pulang dengan perasaan yang cukup kagum dan terharu dengan layanan yang sangat istimewa yang diberikan oleh Siti Muti'ah terhadap suaminya. Fatimah terus mendapatkan ayahandanya Rasulullah s.a.w dan menceritakan tentang peristiwa yang dilihatnya di rumah Siti Muti'ah. Dengan penuh rasa rendah diri, Fatimah memberitahu kepada Rasulullah bahawa sememangnya Siti Muti'ah sememangnya layak untuk menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga kerana ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada suaminya itu. Wallahu'alam

 Sumber : iLuvIslam.com

 Dari hati ku : Ya Allah Ya tuhan Ku Kau tunjukilah Jalan untukku menjadi isteri solehah utk suamiku yg tercinta. Ameen

Bersyukurlah

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Surah Ibrahim, 7) Kebiasaannya, bila kita dikurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan; apa yang kita akan lakukan? BERSYUKUR! Ya, itulah yang seharusnya. Tapi... bagaimana pula kalau kita di berikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. Berapa ramai yang bersyukur? Saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur bila ditimpan ujian. Mungkin dalam 100% hanya 5% yang bersyukur dan berlapang dada bila ditimpa ujian. Sedarkah kita... beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan. Fiman Allah SWT: "Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan; merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa - memelihara dirinya dari kejahatan." (Surah Al-Baqarah, 177) Saya pasti kalian mesti pernah dengar kata-kata ini: "After every storm there is a rainbow." Selepas setiap guruh, adanya pelangi. Walau apa juga ujian yang diturunkan, kuatkan semangat dan azamkan tekad. Yakinlah dengan janji Allah. Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat, asalkan hidup mendapat berkat. Fikrkan setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. Begitu juga sebaliknya. Setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang diciptakan lemah dan tidak sempurna. Ingat bahawa kekurangan itu hebat. Jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan keberkatan tertentu. Ingatlah, Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri (saling lengkap melengkapi). Mereka yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan lain-lain. Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. Janganlah kita hina kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu. Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. Sebaliknya besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa. Dan ingatlah, setiap kekurangan yang kita miliki merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita? Renung-renungkan. Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. Bersyukurlah dengan setiap kurniaan-Nya; kebaikan mahupun keburukan. "Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (Surah Al Anfaal, 46) Sebagai kesimpulannya, marilah kita memanjatkan rasa syukur dengan setiap kurniaan-Nya. Sumber : Artikel iluvislam.com

Monday 27 May 2013

Susah itu tarbiyah, Sabar itu indah

Salam .. dah lama x hapdet2 stori2...
ok...berkenaan ssh and sabar...

Seringkali kita mengeluh dan mengadu, mengapa Allah tidak habis-habis menguji kita. Malahan diberi-Nya ujian yang sama setiap kali. Setelah satu, maka datang pula satu lagi masalah. Setelah habis dicuba dengan ujian yang merumitkan, didatangkan pula ujian yang menyesakkan dada.

Sungguh indah perancangan Allah dalam mentarbiyah manusia. Allah yang Maha Mengetahui menguji manusia pada titik-titik kelemahan diri kita. Pada titik-titik yang lemah itulah, bertubi-tubi Allah datangkan ujian kepada hamba-Nya. Di ruang-ruang yang lemah itu Allah datangkan ujian maha berat sehingga manusia merasakan dia tidak lagi terdaya memikulnya.

Allah menciptakan manusia dengan kelemahan, namun Allah tidak membiarkan kita terus menerus hidup dalam kelemahan tersebut. Maka Allah datangkan ujian bertimpa-timpa pada titik kelemahan tersebut sebagai latihan untuk membina sebuah kekuatan.

Mengenai pelbagai ujian itu Allah S.W.T berfirman, maksudnya:
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, 'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali'."

mmg ssh nk sabar..tp bila kita dapat kecapi sabar..mungkin ade ganjarannye kan...
kadang2 menangis boleh buat kita rasa tenang...bagi setengah org laa...
n paling bagus nangis la ngadu kat Allah hokkey....
klu tahan sabar hati mmg perih tp ingatlah sabar itu indah...
mmg hati rasa sumbat jew.. tp cubalah terima apa adanya..
mungkin Allah menguji kesabaran kita... penah dgr x? setiap bende kita hadapi dgn sabar, iman kita makin tggi? ( ehh yekew?) heheh sipi2 gituw lew....
otak mmg weng hokkey bila tahan sabar yg kelas tertinggi gituw..
tp hanya Allah yg tau..
sabar , muhasabah diri...

ingatkah kita dgn kisah nabi Ayub ?
Ia bermula dengan harta yang semakin berkurangan, anak-anak yang meninggal dunia dan seterusnya dengan penyakit sopak yang menjijikkan.
Walaupun diuji dangan begitu hebat sekali, beliau masih tetap percaya Allah S.W.T ada menyelitkan hikmah di sebalik kedukaan ujian yang melandanya

Ya Allah.... percikkan lah rasa sabar dihatiku...

Tuesday 21 May 2013

Ku mencari Damai itu

Damai itu adalah Buah dari Ketenangan..
yang mana ketenangan itu tercipta dari jiwa, hati dan
fikiran yg selalu terjaga dari sifat dendam,
iri, dengki, angkuh, Sombong dan
tak pernah puas serta kurangnya bersyukur..

Sehingga terciptalah rasa tenang di hati karena
segala sesuatu yang kita hadapi pahit, perih, luka dan sedih ,,
selalu di terima dengan hati yang ikhlas..
dengan penuh ketawakkalan pada ALLAH ,,,
Kerana segala sesuatu datang dari Kehendak ALLAH
dan KIta kembalikan lagi kepada ALLAH,,,
Sehingga Sebesar apapun Masalah yg kita hadapi..
KITA SELALU TENANG,,,
dan terciptalah Rasa Tenteram dan Damai di Dalam hati..
... lalu ku mencari damai itu saban saat
pada sisa nafas atas Rahmat BelasMu Ya Allah..Aaminn Ya Allah..

Sumber :Mencari Damai

Monday 20 May 2013

Mencari Damai

Sumber :FB Mencari Damai

Bisul Pada Anak

Sbut2 pasal bisul ni...Nuha adalah salah sorang yg terkena..now Nuha 5 bulan..da 2 kali terkene bisul ni taw...sedeh tgk..1st kene dekat kepala..da kene toreh..nangis sampai biru kowt..luluh hati ibu ni...
n sekarang terkene bisul dkt tapak tgn plk..Nuha start nangis dari sabtu tghari..xnk ddk lngsung ..nak didukung jew...mlm x tido merengek jew..pg klinik 1st2 ingtkan terseliuh masa nk bajar2 merangkak...pg ahad tu pegilaa ngurut sikit...tetapi...... mlm tu baru kami tau ...itu adalah bisul coz..da kuar darah n nanah..gelabah.. x keruan hati ibu ni...setiap saat mendoakan terbaik utk si anak.. so aizah n asben bawak ke Hospital serdang...perhhhh punye lama nungguuu dari kol 11 mlm -5.30 pg baru siap segala,,,rupanye dokto tuh xpasan xpgil no kami 1075 ? huh...seb baek sy masuk jew tnpa nombor dipangil...soooo pg la Xray..Alhamdulillah xseliuh pon hokkeyy.... tp bisul tu yg mmbuatkan bengkak teruk gitu..dokto tu bekalkan antibiotik , ubat demam..pesan dokto klu makin teruk dtg balik n kita operate sikit,,,huh kene belah?? x sanggup da tgk nuha thn sakit cmtuh... so kami blik..now..darah + nanah kuar sikit2,.note : b4 ni nuha ada eczema..harap2 nuha cepat sembuh yea nak :( ibu sentiasa doakan Nuha Amanda ...  Cahaya Dari Ilahi utk ibu n Abah ... LOve Nuha

ni la pic2 rituh...
yg ni bisul dikepala :-

dan ni pic tangan yg sedang proses baik ,,,harap cepat yea sayang ank ibu...

harap anak ibu cepat sembuh...

di sini ade sedikit ambil dr artikel2...pasal bisul ni :-

  BISUL

Bisul merupakan satu jangkitan kulit yang biasa terjadi kepada kanak-kanak.

Apa Itu Bisul?

Bisul merupakan nanah yang terkumpul dalam satu rongga yang sangat menyakitkan. Ia biasanya mengeras dan terdapat di sekeliling pinggang, belakang bahagian leher, pangkal peha, atas kaki, punggung dan di bawah ketiak. Kelompok bisul dipanggil pekung (carbuncles) tetapi perubahan pada kulit seperti ini tidak biasa berlaku kepada kanak-kanak.

Apa Penyebab Bisul?

Bisul disebabkan oleh bakteria pada rambut folikal dan sekeliling kulit yang mana pada mulanya muncul sebagai jerawat. Bakteria yang paling biasa membentuk bisul dipanggil Staphylococcus aureus.

Siapakah Yang Berisiko Mendapat Bisul?

Mereka yang lebih berisiko mendapat bisul ialah :
  • Mereka yang kurang menjaga kebersihan diri.
  • Kawasan penempatan yang sesak seperti di intitusi dan rumah kebajikan.
  • Atopy (alahan)
  • Ahli keluarga yang mengalami jangkitan kulit berulang.
  • Kurang zat makanan
  • Pesakit diabetis.

Apakah Tanda-tanda dan Gejala Bisul?

Gejala untuk bisul ini hampir menyamai penyakit kulit yang lain seperti:
  • Nanah di bahagian tengah bisul
  • Keputihan, lelehan mengandungi darah daripada bisul tersebut
  • Kemerahan di sekeliling kulit yang dijangkiti
  • Biasanya di ikuti rasa teramat sakit apabila disentuh.

Bagaimanakah Mendiagnosa Bisul?

  • Biasanya penyakit bisul di diagnosa oleh doktor melalui pengamatannya.

Bagaimanakah Merawat Bisul?

  • Rawatan khusus untuk bisul ini akan ditentukan oleh doktor berdasarkan umur kanak-kanak tersebut, Keseluruhan kesihatannya dan bersesuaian dengan penyakit yang lain sekiranya ada. Ia juga bergantung kepada toleransi kanak-kanak terhadap ubatan khusus yang diberikan.

Rawatan termasuk :

  • Anti-biotik yang bersesuaian (semasa)
  • Melakukan demahan suam untuk menggalakkan aliran nanah
  • Pemberian ubatananti-biotik secara oral atau suntikan berdasarkan keseriusannya
  • Melakukan pembedahan kecil untuk mengeluarkan nanah
Memberi pendidikan kesihatan amat penting dalam merawat sebarang penyakit kulit yang bahaya.

Bagaimanakah Bisul Dapat Dicegah?

  • Menjaga kebersihan diri dengan baik
  • Pastikan kulit sentiasa bersih
  • Basuh tangan sebelum menyentuh muka
  • Jangan berkongsi tuala mandi atau pakaian
Elakkan dari menekan bisul terutamanya yang ada di sekeliling mulut atau hidung kerana ianya bahaya boleh menyebabkan jangkitan kepada bahagian kulit lain atau aliran darah

Prognosis (Harapan Untuk Sembuh)

Harapan untuk sembuh bagi bisul adalah baik.

Sumber: KKM / Mommy;s diary

Saturday 18 May 2013

Terima Kasih Ayah...

Wanita mampu menggoncang dunia...

Wanita mampu menggoncang dunia...

Seorang ulama terkenal menulis:
“Wanita memiliki kekuatan yang aneh, yaitu bila mereka menghendaki sesuatu mereka dapat memperolehnya. “

Imam Ali
a.s. menyatakan: “Jihad seorang wanita adalah mengurus suaminya dengan
baik”.

Rasulullah saw. bersabda:
“Bila seorang wanita meninggal dunia dan
suaminya dalam keadaan senang kepadanya, maka ia masuk surga. Rasulullah
juga mengatakan: “Bila seorang wanita tidak melakukan tugasnya sebagai
istri, dia belum menjalankan tugasnya terhadap Allah”.

sumber:PICM

Tazkirah

Tazkirah 1

Friday 17 May 2013

masak

masak ape

Assalamualaikum Semua

........ Dah bertaun rasanya x blog2 niey...heheh ni baru nk start balik ...harap2 ade la masa utk mengupdate sentiasa nanti...