Pages

Thursday, 20 June 2013

Indonesia buat hujan tiruan, bendung kebakaran - Jerebu June 2013

JAKARTA 21 Jun - Indonesia hari ini melakukan pembenihan awan bagi menghasilkan hujan tiruan dalam usaha membendung kebakaran hutan berikutan asap tebal kini menyelubungi negara-negara jiran sehingga menyebabkan jerebu teruk.
Presiden, Susilo Bambang Yudhoyono mengarahkan pegawai bencana alam untuk `segera menggerakkan sumber-sumber negara’ bagi memadam kebakaran hutan di Sumatera.
Beliau membuat keputusan tersebut selepas mengadakan mesyuarat khas malam tadi. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130621/lu_10/Indonesia-buat-hujan-tiruan--bendung--kebakaran#ixzz2WpPAxYSC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment