Pages

Thursday 20 June 2013

Jerebu - 491 Sekolah ditutup

Johor Bahru: Keadaan jerebu yang semakin teruk di Johor menyebabkan 491 sekolah di Muar, Batu Pahat dan Pasir Gudang membabitkan 273,433 pelajar diarah bercuti mulai semalam.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Mohd Nor A Ghani berkata, selepas semua sekolah rendah dan menengah di Muar diarah bercuti, sekolah di daerah Batu Pahat dan Pasir Gudang turut diarah berbuat demikian.
“Di Batu Pahat, 175 sekolah rendah dan menengah melibatkan 80,000 pelajar serta 105 sekolah rendah dan menengah di Pasir Gudang melibatkan 116,493 pelajar diarahkan bercuti berikutan masalah jerebu,” katanya di sini, semalam.

Indeks pencemaran udara (IPU) di kedua-dua daerah meningkat petang semalam iaitu 333 bagi Pasir Gudang manakala bacaan bagi Batu Pahat belum diperoleh.
Bagaimanapun, bacaan IPU di daerah itu, yang merangkumi kawasan Muar, pada sebelah pagi ialah 383.

Sumber : MYmetro

No comments:

Post a Comment