Mandi Wajib/ Junub/ Hadas Besar dan Persoalan Berkaitannya
السلام عليكم
Mandi hadas atau berhadas besar
merupakan suatu yang penting dan perlu ditekankan dalam kalangan umat
Islam. Ia tampak seakan-akan sesuatu yang mudah dan remeh namun
hakikatnya ia mempunyai tatacara dan panduan yang khusus untuk
melakukannya supaya bertepatan dengan kehendak syara'. Allah s.w.t telah
mewajibkan setiap mukmin mandi setelah ia berjunub (berhadas besar).
Allah berfirman:
وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا
“Dan jika sekiranya kamu berjunub maka hendaklah kamu bersuci (mandi junub)”. (al-Maidah 5:6)
Pengertian Mandi Junub/ Hadas Besar
Pengertian mandi atau al-ghuslu (الغسل) menurut pengertian Bahasa Arab ialah:
“Mangalirkan air ke seluruh anggota tubuh badan”. ( Fath al-Bari, 1/359)
“Al-Guslu (mandi) ialah: Menyempurnakan membasuh (mencuci) seluruh jasad (tubuh badan)”.(Lisanul Arab. 2/988)
Berkata Ibnu Hajar rahimahullah, dalam menjelaskan maksud mandi junub (mandi hadas besar) :
“Hakikat mandi junub ialah menjirus (mengalirkan) air ke seluruh anggota tubuh (dari hujung rambut ke hujung kaki). Sebahagian ulama mewajibkan berkumur-kumur dan menghisap air ke hidung (memasukkan air ke dalam hidung) semasa mandi junub”.( Fath al-Bari. 1/359)
Sebab-Sebab Mandi Junub/ Hadas Besar
1. Keluar Air Mani
Para ulama telah sepakat bahawa
apabila keluar air mani dengan bersyahwat, bersetubuh atau bermimpi maka
wajib baginya mandi junub. Begitu juga bagi kaum perempuan (jika keluar
air mani) maka wajib baginya mandi junub sebagaimana keterangannya dari
hadith-hadith berikut:
Dari Aisyah ia berkata:
"Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang lelaki yang mendapati basah (kerana keluar mani) padahal tidak ingat bahawa ia bermimpi lalu baginda menjawab: Hendaklah ia mandi. Dan baginda pernah ditanya tentang lelaki yang bermimpi dirasakan seolah-olah keluar air mani tetapi tidak ada kesan basah. Baginda menjawab: Tidak wajib mandi. Kemudian Ummu Sulaim bertanya: Kalau perempuan bermimpi demikian wajibkah wanita itu mandi? Nabi menjawab: Ya, kerana sebenarnya kaum wanita itu adalah saudara-saudara kaum lelaki!”. (Riwayat Imam yang lima, kecuali Nasaii.)
"Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang lelaki yang mendapati basah (kerana keluar mani) padahal tidak ingat bahawa ia bermimpi lalu baginda menjawab: Hendaklah ia mandi. Dan baginda pernah ditanya tentang lelaki yang bermimpi dirasakan seolah-olah keluar air mani tetapi tidak ada kesan basah. Baginda menjawab: Tidak wajib mandi. Kemudian Ummu Sulaim bertanya: Kalau perempuan bermimpi demikian wajibkah wanita itu mandi? Nabi menjawab: Ya, kerana sebenarnya kaum wanita itu adalah saudara-saudara kaum lelaki!”. (Riwayat Imam yang lima, kecuali Nasaii.)
Dari Ummi Salamah bahawa Ummu Sulaim berkata:
"Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu kerana sesuatu yang haq! Apakah wanita wajib mandi junub kalau ia bermimpi? Baginda menjawab: Ya, apabila ia melihat air! Kemudian Ummu Salamah bertanya lagi: Apakah perempuan juga bermimpi? Celaka engkau, kalau tidak begitu dengan apa anaknya boleh serupa dengannya!”. (Muttafaq ‘alaihi)
"Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu kerana sesuatu yang haq! Apakah wanita wajib mandi junub kalau ia bermimpi? Baginda menjawab: Ya, apabila ia melihat air! Kemudian Ummu Salamah bertanya lagi: Apakah perempuan juga bermimpi? Celaka engkau, kalau tidak begitu dengan apa anaknya boleh serupa dengannya!”. (Muttafaq ‘alaihi)
“Dari Khaulah binti Hakim bahawa
beliau pernah bertanya kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam tentang
perempuan yang bermimpi seperti mimpinya lelaki lalu Nabi sallallahu
‘alaihi wa-sallam bersabda: Ia tidak wajib mandi sehingga mengeluarkan air mani seperti halnya lelaki tidak wajib mandi sehingga ia mengeluarkan air mani”. (Riwayat Ahmad)
“Dan Nasaii meriwayatkan dengan
ringkas yang lafaznya: Bahawasanya dia (Khaulah) bertanya kepada Nabi
sallallahu ‘alaihi wa-sallam tentang perempuan yang bermimpi
mengeluarkan air mani dalam tidurnya lalu Nabi sallallahu ‘alaihi
wa-sallam menjawab: Kalau ia melihat air mani maka hendaklah ia mandi”. (Riwayat Nasaie)
Dari hadith-hadith sahih di
atas, menunjukkan bahawa wanita juga terkadang bermimpi kerana wanita
adalah saudara kandung lelaki. Maka sebagaimana kaum lelaki juga
bermimpi maka kaum wanita demikian pula. [Fatwa-fatwa muslimah.,
Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Syeikh, Syeikh Abdurrahman bin Hashir
as-Sa’diy, Syeikh Abdullah bin Abdullah bin Bazz, Syeikh Muhammad bin
Soleh al-Uthaimin, Syeikh Abdullah bin Jibrin dan Syeikh Soleh Fauzan
bin Fauzan]
Dan jika ia (seseorang wanita)
tidak menemui tanda/bekas/basah/sisa-sisa air setelah bangun tidur maka
ia tidak diwajibkan untuk mandi junub. Adapun jika ia mendapati
bekas/tanda air maka ia wajib mandi kerana Ummu Sulaim berkata: Wahai
Rasulullah, apakah seorang wanita wajib mandi jika ia bermimpi (keluar
air)? Rasulullah sallallahu ‘alaihi was-sallam menjawab: Ya, kalau ia
melihat (mendapati basah) bekas air! Jika wanita mendapati ada bekas air
maka ia diwajibkan mandi junub. [Fatwa-fatwa muslimah. Hlm. 141.
Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Syeikh, Syeikh Abdurrahman bin Hashir
as-Sa’diy, Syeikh Abdullah bin Abdullah bin Bazz, Syeikh Muhammad bin
Soleh al-Uthaimin, Syeikh Abdullah bin Jibrin dan Syeikh Soleh Fauzan
bin Fauzan]
Jika seseorang perempuan sering
mengeluarkan cecair tanpa disebabkan oleh suatu rangsangan (nafsu
syahwat/nikmat) maka sama sekali tidak diwajibkan mandi. Mandi hanya
diwajibkan apabila melakukan persetubuhan, bermimpi, keluar air diiringi
syahwat (seperti mimpi berjimak dengan seorang peria lalu ketika bangun
terdapat bekas air maka diwajibkan baginya mandi junub). [
Fatwa-fatwa muslimah. Hlm. 141. Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Syeikh,
Syeikh Abdurrahman bin Hashir as-Sa’diy, Syeikh Abdullah bin Abdullah
bin Bazz, Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, Syeikh Abdullah bin
Jibrin dan Syeikh Soleh Fauzan bin Fauzan]
Beza antara Air Wadi dan Mazi
Wadi adalah cecair pekat
yang biasanya keluar setelah seseorang selesai dari buang air kecil
(kencing). Wadi ini dihukum najis dan harus disucikan seperti halnya
kencing, akan tetapi tidak diwajibkan mandi. (Fiqh Wanita Syeikh Kamil Muhammad ‘Uwaidah)
Mazi adalah cecair yang bening
dan pekat yang keluar dari zakar atau faraj ketika bercumbu atau ketika
nafsu syahwat. Hal ini sama-sama dialami oleh lelaki dan juga wanita,
akan tetapi pada wanita jumlahnya lebih banyak. Menurut kesepakatan para
ulama, mazi ini dihukum najis. Apabila mazi ini mengenai badan maka
wajib dibersihkan dan apabila mengenai pakaian maka cukup sekadar
menyiramkan air pada bahagian yang terkena mazi. Mengenai hal ini
terdapat hadis-hadis sahih yang menjelaskannya. Aisyah radiallahu ‘anha
mengatakan:
“Wadi itu keluar setelah
proses kencing selesai. Untuk itu hendaklah seseorang muslim (dan
muslimah)mencuci kemaluannya (setelah keluarnya wadi) dan berwuduk serta
tidak diwajibkan mandi junub”. (Riwayat Ibnu al-Munzir)
“Tentang mani, wadi dan mazi.
Adapun mengenai mani maka diwajibkan mandi kerananya. Sedangkan
mengenai mazi dan wadi maka cukup dengan membersihkan secara sempurna”. (H/R Al-Baihaqi dan Al-Athram)
“Mengenai wadi dan mazi, Rasulullah bersabda: Basuhlah kemaluanmu atau tempat kemaluanmu dan berwuduklah seperti pada saat hendak melaksanakan solat”. (Riwayat Baihaqi)
Oleh yang demikian maka keluar
wadi atau mazi dihukum najis dan membatalkan wuduk. Wajib dibasuh zakar
atau faraj dan pakaian yang terkena wadi atau mazi tetapi tidak
diwajibkan mandi junub (mandi hadas besar) jika terkeluar wadi dan mazi
sebagaimana penjelasan dari hadis-hadis yang lalu dan sabda Rasulullah
s.a.w:
“Dari Ali berkata: Aku adalah
seorang lelaki yang sering keluar mazi lalu aku bertanya kepada Nabi
sallallahu ‘alaihi wa-sallam kemudian ia bersabda: Dalam mazi itu
berwuduk dan dalam mani itu wajib mandi. (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi dan disahihkan oleh Tirmizi)
“Dan dari Ahmad. Lalu baginda
bersabda: Kalau engkau mengeluarkan mani maka mandilah kerana telah
berjunub dan apabila engkau tidak mengeluarkan mani maka janganlah
mandi”. (Riwayat Ahmad)
Berkata Ibnu Ruslan: Kaum
Muslimin telah ijmak atas wajibnya mandi junub (mandi hadas) bagi lelaki
dan perempuan disebabkan keluar air mani atau mengeluarkan air mani. (Nailul Autar.1/191.)
2. Persetubuhan
Menurut Imam An-Nawawi bahawa:
Telah disepakati atas wajibnya mandi junub (bagi suami dan isteri)
apabila hasyafah (kepala zakar lelaki) telah masuk ke dalam faraj
walaupun tidak mengeluarkan air mani. Inilah pendapat dari ijmak.
Keterangan ini dapat difahami dari hadis-hadis sahih yang berikut:
“Dari Abu Hurairah, dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam baginda bersabda: Apabila
salah seorang antara kamu duduk antara empat anggota perempuan kemudian
ia bersungguh-sungguh maka ia wajib mandi (junub)”. (Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)
“Apabila salah seorang kamu
duduk antara empat anggota perempuan (bersetubuh) kemudian ia
bersungguh-sungguh maka wajib baginya mandi (junub) meskipun tidak
mengeluarkan air mani”. (Riwayat Muslim dan Ahmad)
Dari Abdullah bin Amr bin Ash:
“Apabila dua kemaluan (zakar dan faraj) itu telah masuk maka telah diwajibkan mandi (mandi junub)”. (Riwayat Ibnu Syaibah)
Para ulama telah sepakat
sebagaimana yang telah disyariatkan bahawa seandainya seorang lelaki
meletakkan kemaluannya di atas kemaluan perempuan, padahal ia tidak
memasukkannya maka tidak seorang pun antara keduanya diwajibkan mandi. (Nailul Autar. 1/190)
“Dari Aisyah ia berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Apabila
salah seorang antara kamu duduk di antara empat anggota perempuan
kemudian benda yang dikhatan (kemaluan lelaki) bertemu benda yang
dikhatan (kemaluan perempuan), maka telah diwajibkan mandi (junub)”. (Riwayat Ahmad dan Muslim)
“Apabila benda yang dikhatan
(kemaluan lelaki) telah masuk ke dalam benda yang di khatan (kemaluan
perempuan) maka telah diwajibkan mandi”. (Riwayat Tirmizi dan beliau menilainya sahih)
“Dari Ubai bin Ka’ab ia berkata: Sesungguhnya
anak-anak muda itu pernah berkata: Air (mandi junub) itu kerana air
(kerana keluar air mani), adalah keringanan (tidak wajib mandi) dari
Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam diberikan pada permulaan Islam,
kemudian ia memerintahkan kami agar mandi (junub) sesudah itu”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
“Pada lafaz Tirmizi: Mandi
hanya kerana keluar air mani, itu hanyalah suatu keringanan pada
permulaan Islam kemudian dilarangnya (dilarang dari mengamalkan amalan
yang lama dan diperintahkan agar mandi junub)”. (Riwayat Tirmizi dan dinilai sahih olehnya)
“Dari Aisyah bahawa ada
seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam
tentang seseorang yang menyetubuhi isterinya kemudian ia malas (untuk
meneruskannya sebelum keluar mani) sedangkan Aisyah duduk di situ. Lalu
Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Sesungguhnya aku pernah
melakukan seperti demikian dengan (Aisyah) ini lalu kami mandi (walaupun
tidak keluar air mani)”. (Riwayat Muslim)
“Dari Rafi’ bin Khadej ia berkata: Aku
pernah dipanggil oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam padahal
aku sedang di atas perut isteriku. Lalu aku bangun dan aku belum
mengeluarkan air mani kemudian aku mandi lalu keluar kemudian aku
mengkhabarkan kepada baginda. Lalu baginda bersabda: Kamu tidak wajib
mandi kerana mandi itu lantaran keluarnya air mani. Rafi’ berkata:
Kemudian Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sesudah itu
memerintahkan agar kami mandi”. (Riwayat Ahmad)
Seorang suami yang menyetubuhi
beberapa orang isterinya pada satu malam maka hanya diwajibkan sekali
mandi sahaja. Sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w:
“Dari Anas radiallahu anhu bahawa Nabi s.a.w pernah menggauli (menyetubuhi) isteri-isterinya dengan sekali mandi”. (Riwayat al-Jamaah kecuali Bukhari)
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah mengelilingi isteri-isterinya pada satu malam dengan sekali mandi”. (Riwayat Ahmad dan Nasaii)
“Dari Abi Rafi’ maula
Rasulullah s.a.w bahawa Rasulullah s.a.w pernah menggiliri
isteri-isterinya dalam satu malam lalu ia mandi untuk setiap seorang
dari mereka lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kalau engkau
mandi sekali sahaja? Lalu ia menjawab: Begini adalah lebih suci dan
lebih bersih”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Berkata Syariah: Hadith ini
menunjukkan, tidak wajib mandi bagi suami yang bermaksud mengulangi
jimaknya (ingin mengulangi persetubuhannya).. Begitu juga isteri yang
ingin diulangi (disetubuhi lagi) oleh suaminya maka isteri tidak
diwajibkan mandi terlebih dahulu. (Nailul Autar. 1/199)
3. Setelah Suci Dari Haid Atau Nifas
Para wanita yang sudah bersih
(kering) dari haid dan nifas maka diwajibkan mandi hadas (mandi junub)
sebagaimana keterangan dari hadith-hadith sahih yang berikut:
Dari Aisyah bahawa Fatimah
binti Abi Jahsy sedang istihadhah lalu aku bertanya kepada Nabi
sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Kemudian baginda menjawab: Itu hanya
sebahagian dari peluh, bukan haid. Maka apabila engkau sedang haid,
tinggalkanlah solat dan kalau telah selesai maka mandilah dan
bersolatlah”. (Riwayat Bukhari)
ustaz azhar idrus cara mandi wajib yang betul
Sifat Mandi Junub/Hadas Besar Rasulullah s.a.w
Adapun hadith-hadith tentang wajibnya mandi junub (mandi hadas) antaranya ialah:
“Dari Maimunah radiallahu
‘anha ia berkata: Aku pernah menuangkan air untuk Nabi s.a.w untuk mandi
junub. Maka baginda memulakan dengan mencuci kedua tangannya dua kali
atau tiga kali, kemudian ia menuangkan air dengan tangan kanannya ke
tangan kirinya lalu ia mencuci farajnya (kemaluannya) dan bahagian yang
kena kotoran, setelah itu ia mengusapkan tangannya yang kiri ke tanah
dua kali atau tiga kali lalu ia mencucinya. Kemudian baginda
berkumur-kumur sambil menghisap (menyedut) air ke hidung lalu
menghembuskannya kemudian ia mencuci mukanya dan kedua tangannya lalu ia
mencuci kepalanya tiga kali, setelah itu barulah baginda menuangkan air
ke seluruhan tubuhnya. Setelah selesai baginda pindah dari tempatnya
lalu baginda mencuci kedua kakinya”. (Riwayat Bukhari, Kitabul Ghusul. Muslim, 1/175. Abu Daud. No 245. Turmizi, Nasaii, Ibnu Majah dan Ahmad)
Berkata Syariah: “Kemudian ia membasuh kedua kakinya”, ini menunjukkan bahawa wuduk yang dilakukan oleh Nabi s.a.w semasa memulakan mandi junub tanpa membasuh kedua kakinya.
Berkata Imam Malik: Apabila
tempat mandi junub itu tidak bersih maka mengakhirkan membasuh kedua
kaki itu adalah sunnah. Tetapi apabila tempat itu bersih maka mencuci
dua kaki itu hendaklah didahulukan.
Berkata Imam an-Nawawi: Yang lebih benar dan lebih masyhur serta terpilih dari pendapat tersebut ialah menyempurnakan wuduknya.
Jumhur ulama berpendapat: Sunnah mengakhirkan membasuh kedua kaki ketika berwuduk dalam mandi junub iaitu membasuh setelah selesai mandi junub.
“Dari Aisyah radiallahu ‘anha
bahawa Nabi s.a.w apabila mandi junub baginda memulakan mencuci kedua
tangannya kemudian ia menuangkan air dengan tangan kanannya ke tangan
kirinya lalu ia mencuci kemaluannya. Kemudian baginda berwuduk
sebagaimana waduknya untuk bersolat. Lalu baginda memasukkan jari-jari
tangannya ke dalam air, lantas ia sela-sela pangkal-pangkal rambutnya
dengan jari-jarinya itu, setelah ia merasakan telah basah rambutnya, ia
tuangkan air ke atas kepalanya tiga kali cedukan dengan kedua tangannya
kemudian ia alirkan air keseluruh tubuhnya”. (Riwayat Bukhari. 1/68. Muslim. 1/174. Abu Daud. 242. Ibn Majah 574)
“Dari Jabir radiallahu anhu
bahawa Rasulullah s.a.w mengambil air tiga kali cedukan dan baginda
tuangkan ke atas kepalanya, kemudian baginda menuangkan air ke seluruh
tubuhnya”. (Riwayat Bukhari, 1/69. Kitab al-Ghusul)
“Dari Aisyah radiallahu ‘anha
ia berkata: Adalah Rasulullah s.a.w apabila mandi junub, baginda
meminta air dengan satu bejana besar lalu ia ambil air itu dengan
tangannya, kemudian memulai pada bahagian kepala sebelah kanan, kemudian
yang kiri, kemudian ia mengambil air dengan kedua telapak tangannya
lalu ia tuangkan di atas kepalanya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Diriwayat yang lain: Kemudian
baginda menyela-nyela rambutnya dengan kedua tangannya sehingga apabila
ia merasa telah basah seluruh kulit kepalanya, ia tuangkan air di
atasnya tiga kali”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Dan dari Jubair bin Muth’am
ia berkata: Kami pernah berbincang-bincang tentang mandi junub di
hadapan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam lalu baginda bersabda:
Adapun aku, cukup mengambil air sepenuh dua tapak tanganku lalu aku
tuangkan di atas kepalaku, kemudian aku menyiram bakinya atas seluruh
tubuhku”. (Riwayat Ahmad)
“Dari Jubair radiallahu ‘anhu
berkata: Adapun aku, menuangkan air ke atas kepalaku tiga kali (beliau
memberi isyarat dengan kedua tangannya). (Riwayat Bukhari, 1/69).
Kemudian aku menyiram ke atas seluruh tubuhku”. (Riwayat Ahmad.)
Kemudian aku menyiram ke atas seluruh tubuhku”. (Riwayat Ahmad.)
Dari semua hadis-hadis tentang
mandi junub yang telah lalu, dapat difahami dan diringkaskan bahawa
sifat mandi junub Nabi s.a.w ialah:
1. Didahulukan dengan mencuci kedua telapak tangan hingga ke pergelangan tangan. Ia dilakukan tiga kali.
2. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri.
3. Setelah mencuci kemaluannya, Nabi s.a.w menggosok tangannya ke tanah beberapa kali iaitu dua atau tiga kali.
4. Berwuduk sebagaimana wuduk untuk solat. Ada kalanya mentakhirkan dari mencuci kakinya.
5. Memasukkan jari-jemari ke dalam air kemudian menyela-nyela rambut dengan kedua-dua jari-jemari tangan sehingga rata.
6. Menuangkan air ke atas kepala tiga kali, sama ada dengan menceduk dengan kedua tangan atau dengan gayung.
7. Menjirus, meratakan dan membasuh ke seluruh tubuh badan
8. Selepas mandi tidak diwajibkan berwuduk semula jika wuduk sebelum mandi tidak batal tetapi jika sekiranya batal maka wajib memperbaharui wuduknya semula.
“Dari Aisyah radiallahu anha: Adalah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak berwuduk setelah selesai mandi junub”. ( Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Abu Daud. 1/171. TIrmizi, 1/72)
والله أعلمُ بالـصـواب
No comments:
Post a Comment