
Kajian menunjukkan bahawa manjakani
adalah kaya dengan tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin (terutama vitamin A
dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga
mengandungi unsur-unsur
seperti astringen, anti-microbial
dan anti-radang. Kandungan taninnya yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan
secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas
bersalin
bagi mengetatkan rahim dan otot
vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin. Kajian
membuktikan bahawa unsur astringen dalam manjakani dapat membantu
mengencangkan otot dinding vagina
dan mengembalikan keanjalan.
Berikut adalah antara kegunaan
manjakani dalam pengubatan:-
- Awet Muda : Antioksidan dalam
manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel.
- Pencegahan Kencing Manis : Asid
galik boleh mencegah kencing manis dan lelah.
- Pencegahan barah payudara dan rahim
: Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim.
- Pencegahan bau yang tidak diingini
: Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi bakteria dan
kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.
- Merawat otot-otot di dalam faraj :
Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula
otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.
- Mengawal lendir dan lelehan faraj
: Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh
menyebabkan bau yang tidak selesa.
- Membersihkan lelehan haid dan
nifas : Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.
- Mengecutkan semula tisu-tisu :
Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas
bersalin.
- Menegangkan dan mencantikkan kulit
: Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
- Mata yang sihat : Astringen
terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu
pada mata.
- Rawatan payudara : Oleh kerana
manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan
meminum minuman bermanjakani dapat memperbaiki payu dara yang telah hilang
kekenyalannya.
- Gigi dan tulang : Kalsium dalam
manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.
- Mulut : Astringen dalam manjakani
mengekalkan kebersihan mulut.
- Kulit kering dan berminyak :
Astringen juga dapat mengawal kulit kering dan berminyak.
- Perawatan kronik ulser : Amalan
meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.
- Pelbagai khasiat makanan :
Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air
besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk
kesihatan.
Cara Pengunaan dia :-
kalau nk cara makan pulak :-amil beberapa biji Rebus & buang kulit.. lepas tu ambik isi dia & digentel2 dengan nasi & telan.. tak pun,mknla dengan apa2, lepas tu terus telan supaya kita tak tergigit manjakani yang pahit yang teramat pahit lg dr buah peria :)
ini cara minum amat mudah ..Ambil beberapa manjakani dan Rebus , bila nampak air bertukar warna tutup dan tgu biarkan suam2 ..baru minum- minumla segelas je , amalkan waktu pagi dan sebelum tido .. :)
jom kita amalkan :)
No comments:
Post a Comment