Tadi pergi kelas mengaji Ustazah bercerita juga pasal malam nifsu syaaban , bila dengar sendiri ustazah bercerita berlinang rasa air mata ni .. banyak sangat manfaat malam nifsu syaaban ni sebenarnya. sebelum terlupa yang ustazah pesan tadi cecepat saya masukkan kat sini utk tatapan kita semua :
jom kita tengok apa kelebihan2 malam ini :-
Bila tarikhnya ?
15 Syaaban 1434H bersamaan 24 Jun 2013 ( Isnin)
Malam Nifsu Syaaban : 23 Jun 2013 : Sebaik Sahaja Lepas waktu Magrib : jangan keliru disitu :)
Pengertian Bulan Syaaban
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.saya rasa mesti ramai yang tertunggu tunggu bulan syaaban dan bulan ramadhan ni..
Keistimewaan bulan ini :-
seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan.
Sementara itu, kelebihan malam Nisfu Syaaban disebut dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya pada malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)
Malam Nisfu Syaaban juga adalah antara malam yang dikabulkan doa. Memetik pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu malam Jumaat, malam hari raya Aidiladha, malam hari raya Aidilfitri, malam pertama pada bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”
Baginda SAW menjawab dengan sabdanya: “Bahawa Syaaban ialah bulan yang selalu diabaikan oleh manusia, sedangkan pada Syaaban semua amalan manusia diangkat ke hadrat Allah. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sewaktu aku dalam keadaan berpuasa.” (Hadis Riwayat oleh An-Nasa’i dan Ahmad.)
Amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
- Berpuasa sunat.
- Berdoa, zikir, selawat dan bertaubat.
- Perbanyakkan amalan takwa.
- Solat lima waktu secara berjemaah.
- Banyakkan solat sunat terutama solat malam.
- Melakukan amal kebajikan.
- Memohon keampunan ibu bapa.
- Menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa.
- Bersedekah kepada golongan yang memerlukan.
- Berusaha mendapatkan keredaan Allah pada segala amal kebajikan.
- Memohon semoga terhindar daripada segala bencana, dan malapetaka.
- Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristighfar dan berzikir.
Baca Yasin Selepas maghrib
- Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah. + doa Nifsu Syaaban
- Ditetapkan iman sehingga ke akhir hayat dan dijauhkan dari bala bencana. + doa Nifsu Syaaban
- Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.+ doa Nifsu Syaaban
Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan tertib dan setiap satunya diniatkan memohon
Kelebihan Puasa di bulan Syaaban :-
1. Berpuasa sehari
Kelebihan Puasa di bulan Syaaban :-
1. Berpuasa sehari
a. Diharamkan Allah tubuhnya daripada api neraka.
b. Dimasuk syurga
c. Menjadi rakan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.
d. Dianugerahi seperti pahala Nabi Allah Ayub a,s, dan Nabi Daud a.s.
2. Berpuasa tiga hari pada permulaan, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban..
a. Mendapat pahala 70 orang nabi,
b. Seperti orang beribadah 70 tahun .
c. Jika mati pada tahun itu seperti mati syahid.
3. Berpuasa tiga hari kemudian bersalawat tiga kali sebelum berbuka puasa.
a. Di ampunkan oleh Allah.
b. Diberkatikan rezeki.
c. Allah Ta’ala membukakan pada bulan ini tiga ratus pintu rahmat.
4. Berpuasa pada hari Khamis pertama dan Khamis terakhir bulan Syaaban.
4. Berpuasa pada hari Khamis pertama dan Khamis terakhir bulan Syaaban.
a. Dosa yang telah lalu, diampunkan Allah.
b. Akan dimasukkan ke dalam syurga.
5. Berpuasa pada hari Isnin terakhir dalam bulan Sya’aban.
5. Berpuasa pada hari Isnin terakhir dalam bulan Sya’aban.
Diampunkan dosa oleh Allah SWT
6. Berpuasa sebulan.
6. Berpuasa sebulan.
a. Dimudahkan Allah akan saat mati,
b. Terlepas dari kegelapan alam kubur,
c. Bebas dari huru-hara Munkar dan Nankir,
d. Allah menutupkan aib di hari kiamat,
e. Diwajibkan masuk ke syurga
Doa Nifsu Syaaban :-
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَآءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن.
اَللّهُمَّ يَاذَاالْمَنِّ وَلاَيُمَنُّ عَلَيْهِ يَاذَاالْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ يَاذَاالطَّوْلِ وَالإِنْعَامِ لآ إِلهِ إِلاَّ أَنْتَ ظَهْرَ اللاَّجِيْنَ وَجَارَ الْمُسْتَجِيْرِيْنَ وَأَمَانَ الْخَائِفِيْنَ.
اَللّهُمَّ إِنْ كُنْتَ كَتَبْتَنِي عِنْدَكَ فِي أُمِّ الْكِتَابِ شَقِيًّا أَوْ مَحْرُوْمًا أَوْ مَطْرُوْدًا أَوْ مُقْتَرًّا عَلَىَّ فِي الرِّزْقِ فَامْحُ اَللّهُمَّ بِفَضْلِكَ شَقَاوَتِي وَحِرْمَانِيْ وَطَرْدِيْ وَاقْتَارَ رِزْقِي وَأَثْبِتِْنيْ عِنْدَكَ فِي أُمِّ الْكِتَابِ سَعِيْدًا مَرْزُوْقًا مُوَفَّقًا لِلْخَيْرَاتِ فَإِنَّكَ قُلْتَ وَقَوْلُكَ الْحَقُّ فِي كِتَاِبكَ الْمُنْزَلِ عَلَى لِسَانِ نَبِيِّكَ الْمُرْسَلِ يَمْحُواللهُ مَايَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الْكِتَابِ.
إِلهِي بِالتَّجَلِّي الأَعْظَمِ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَهْرِ شَعْبَانَ الْمُكَرَّمِ الَّتِي يُفْرَقُ فِيْهَا كُلُّ أَمْرٍ حَكِيْمٍ وَيُبْرَمُ أَنْ تَكْشِفَ عَنَّا مِنَ الْبَلاَءِ مَانَعْلَمُ وَمَا لاَنَعْلَمُ وَمَا أَنْتَ بِهِ أَعْلَمُ إِنَّكَ أَنْتَ الأَعَزُّ الأَكْرَمُ .
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Ertinya:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala pujian untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, semulia-mulia nabi dan rasul dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda semuanya .
Ya Allah, wahai yang empunya kurniaan dan tiada siapa mengurniakan kepadaNya, wahai Yang Empunya segala kebesaran dan kemuliaan, wahai Yang Empunya segala kemurahan dan pemberian, tiada Tuhan melainkan Engkau tempat sandaran hamba-hambaMu yang memohon perlindungan, Engkaulah jua Penaung bagi yang mencari pelindungan, Engkaulah Penenteram bagi mereka yang berada di dalam ketakutan.
Ya Allah, kiranya aku ini tersurat pada sisiMu dalam Lauh Mahfuzh mendapat kesusahan atau ditegah dari beroleh rahmat atau terhindar jauh lagi sempit mendapat rezeki dariMu, maka dengan segala kebajikan yang ada padaMu, Ya Allah, hapuskanlah kesusahan, tegahan dan kesempitan dari beroleh rezekiku. Dan tetapkanlah aku di sisiMu dalam Lauh Mahfuzh sebagai orang yang berbahagia, sentiasa beroleh rezeki, memperoleh pelbagai kurnia dan kebajikan. Sesungguhnya Engkau Ya Tuhan telah berfirman dalam kitab (al-Quran) yang diturunkan melalui lisan NabiMu yang diutus firmannya: يَمْحُوا اللَّهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الْكِتَابِ tafsirnya: Allah menghapuskan dan menetapkan apa jua yang dikehendakiNya dan di sisiNya ada Ummul Kitab (Lauh Mahfuzh).
Ya Allah, dengan limpah kemurahanMu pada malam nishf Syaban yang mulia, pada malam dinyatakan segala perkara yang dikehendaki Allah, ditetapkan dan diputuskan, mohon ya Allah lepaskan kami dari segala bala yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui dan apa yang Engkau lebih ketahui. Sesungguhnya Engkau jua Yang Maha Kuasa lagi Maha Mulia.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad serta kepada ahli keluarga dan para sahabat baginda. Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Ustazah pesan tadi : Banyakkan sujud pada Allah , x semestinya kita banyakkan solat sunat , boleh juga kita banyakkan Qada kan solat yg kita tinggal yg lepas2... :) sesiapa yang banyakkan sujud Pada Allah kerana Allah , Allah bagi 300 rahmat kepada Kita .. Ya Allah betapa besarnya kelebihan malam ni ..
No comments:
Post a Comment