Di dalam hadis Rasulullah s.a.w.
yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a bermaksud:
“Bukan dari kalangan kami orang yang tidak kasihan belas terhadap
anak-anak.”
CERITA
BEKAS PENGASUH TASKA PERMATA HARAPAN DI RUANGAN KOMEN AMAZINGNARA
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU BEKERJA SELAMA SEBULAN DI SANA. Bersama kita
ambil iktibar:
Aku pernah bekerja di taska ni, aku kerja
sebulan je. Sebab aku tak larat nak tengok budak berapa bulan kena
campak atas tilam, (pengasuh) pukul budak yang tak tahu apa-apa.
Hari-hari aku tersebak hati, kerana budak-budak kena dera dengan mereka.
Aku tak tahu apa nak buat, bila masa aku terdengar bayi menangis dekat
atas, aku naik dan dukung budak yang menangis. Tapi tiga orang termasuk
tuan punya Taska tu kata , "oi, kau buat apa tu? Semak la kau ni, jangan
manjakan budak tu." Aku hanya mendiamkan diri.
Dan aku
dipanggil turun untuk mengajar budak dekat bawah dan dua orang lagi naik
ke bilik bayi. Lagi kuat (bayi) menangis, aku tak tahu apa yang dia
orang (pengasuh) lakukan.
Yang aku tengok dengan mata aku
sendiri, budak bertukar-tukar susu. Ibu-ibu bayi selalu letakkan susu
badan dalam bekas tapi satu bekas, diberi semua budak minum. Yang lain
bila masa balik, cikgu tu buang susu dalam bekas kata anak sudah minum,
padahal tak minum.
Bagi lampin pulak, dia pakaikan pada budak
masa balik, yang lain simpan buat anak tuan taska pakai semua, seperti
susu tepung. Ada seorang kanak-kanak istimewa dekat situ, masa nak
balik dia orang akan turunkan ke bawah, cara turun heret dari atas
hingga bawah.
Kadang-kadang ibu bapa hantar, ada yang buang air
besar, pengasuh tidak tukarkan (lampin), (sebaliknya) pengasuh letak
dalam bilik mandi mana yang buang air sampai lenjun itu sampai masa
mandi.
Ingat apa yang emak (pengkomen) katakan, jangan ikut apa
yang mereka lakukan, kita jaga budak dengan elok. Itu amanah ibu bapa
mereka hantar mereka (ke taska itu).
Akhirnya aku berhenti,
setelah mendapat gaji. Mak marah, "kau kerja dah berhenti macam mana nak
cari duit untuk majlis ni". Aku kata rezeki di mana-mana. Aku gembira
mendengar berita yang taska ini dah pun terbongkar. Terima kasih kepada
bapa PMSA.
(gambar suspek: ROZITA AWANG, pemilik Taska Permata Harapan. Komen dioleh semula supaya sesuai untuk bacaan umum)
Abu Hurairah r.a.
meriwayatkan suatu ketika Rasulullah saw. mencium cucu Baginda saw,
Hassan dan ketika itu ada duduk bersama Baginda saw. Al-Afra bin Habis
At-Tamimi. Al-Afra lalu berkata: “Aku ada sepuluh orang anak tapi aku
tak pernah mencium seorang pun daripada mereka. Maka Rasulullah saw.
pun bersabda, “ Sesiapa yang tidak menyayangi anak-anak tidak akan
disayangi dan dirahmati Allah.”
Di dalam hadis Rasulullah s.a.w.
yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a bermaksud:
“Bukan dari kalangan kami orang yang tidak kasihan belas terhadap
anak-anak.”
Baginda saw. pernah pergi ketempat anaknya
Ibrahim menyusu di rumah seorang tukang besi walaupun jauh. Ia membelai
dan mencium anaknya dengan kasih sayang. Apabila Ibrahim meninggal
Baginda saw. mengalirkan air mata. Rasulullah
saw. amat menyayangi cucu-cucu beliau. Pernah suatu hari, cucu beliau
Saidina Hussin berada di masjid ketika Baginda saw. sedang sujud.
Saidina Hussin memanjat belakang Nabi saw. Baginda saw sengaja
memanjangkan sujud sehingga para sahabat menyangka bahawa ia adalah
satu perintah baru dari Allah swt. untuk memanjangkan sujud . Selepas
Rasulullah saw . selesai mengerjakan solat, mereka bertanyakan beliau
tentang sujud yang lama itu. Rasulullah saw menjawab, Cucuku telah
memanjat belakang ku , maka aku mahu memuaskan hatinya. Aku hanya bangun
dari sujud apabila ia telah puas hati.
Dalam satu hadis yang lain Nabi saw. bersabda: “Aku
mendirikan solat (sebagai imam) dan aku berhasrat ingin memanjangkannya.
Tiba-tiba aku mendengar tangisan bayi, maka aku menyegerakan solatku
kerana aku tidak suka membebankan ibunya”. (Riwayat al-Bukhari).
Jika seorang
bayi dibawa kepadanya, baginda meletakkan di atas ribanya. Jika ditemui
kanak-kanak di jalan baginda akan mendukung kanak-kanak itu. Apabila Nabi saw diberi buah-buahan pada musimnya untuk pertama kali, akan diberikan buah itu kepada kanak-kanak.
Sekali–sekala Baginda saw. mempunyai masa dan kesempatan bermain dengan
kanak-kanak. Pernah Rasulullah saw. berjumpa sekumpulan kanak-kanak
sedang bermain, lalu bagindameminta mereka berdiri sebaris mengadap
beliau. Selepas itu Nabi saw. duduk di satu tempat yang agak jauh dari
kanak-kanak itu. Kemudian Baginda saw. meminta mereka berlari
mendapatkan beliau, siapa yang sampai dahulu akan mendapat hadiah. Maka
kanak-kanak itu berlari dengan sekuat-kuatnya menuju baginda, sehingga
ada yang sampai melanggar paha dan perut Baginda saw. Selepas itu Nabi
saw. memeluk mereka semua dengan penuh kasih sayang.
Rasulullah
s.a.w. selalu beramah mesra dengan kanak-kanak dan tidak pernah memukul
walaupun seorang kanak-kanak di sepanjang hidupnya.
Rasulullah s.a.w. banyak mengamalkan konsep pemberian ganjaran dan
bukannya pemberian denda dalam hal mendisiplin kanak-kanak.
Rasulullah
saw. selalu memberikan salam dahulu kepada kanak-kanak. Ini mendidik
mereka dan menanamkan dalam diri mereka agar bersegera memberi salam. Anas
bin Malik meriwayatkan bahawa pernah satu ketika Rasulullah saw
mengutus beliau untuk melakukan satu tugas. Dalam perjalanan beliau
berjumpa beberapa orang budak
lelaki. Maka beliau duduk bersama kanak-kanak
tersebut.. Apabila Rasulullah saw mendekati mereka, Rasulullah saw
dengan segera memberi salam kepada mereka. Peristiwa ini memberi kesan
yang mendalam kepada Anas bin Malik. Sehingga akhir hayat beliau, baginda selalu bersegera memberi salam.
No comments:
Post a Comment